Betul ke tak boleh makan nenas time period

Assalamualaikum,

hi, pernah tak dengar orang takut nak makan nenas terutama kalau period aka haid aka datang bulan? Dikatanya kalau makan nenas nanti period akan makin banyak. Bahaya kalau darah keluar banyak.

Fy pun pernah juga percaya dan rasa takut nak makan.

Ternyata semua tu tak betul. Apa yang betulnya meh baca dibawah ni 👇👇

Nenas ni tak bersalah pun dan banyak manfaat untuk kaum hawa terutama time period.

Nenas ni kaya dengan vitamin c dan mangan. Mangan ni la yang diperlukan oleh kita time period.

Mangan ni dapat membantu mengurangkan gejala pms. Siapa selalu pms bolehlah makan nenas ni.

Kajian juga mengatakan mangan dapat membantu melancarkan darah period sehingga 50%

Buah nenas mempunyai mangan paling tinggi.

Antioksidan buah nenas juga membantu mengurangkan rasa sakit dan senak dalam perut semasa period

Kesimpulannya, nenas ni selamat dimakan dan dapat melancarkan period dan mengurangkan kesakitan ketika period.

Siapa nak nenas lepas ni?

Comments

Popular posts from this blog

Manusia adalah cermin bagi manusia yang lain