Posts

Showing posts from April, 2019

Manusia adalah cermin bagi manusia yang lain

Assalamualaikum, Kenapa "Manusia adalah cermin bagi manusia yang lain?" Mesti tertanya-tanya kan. Setiap yang berlaku terhadap diri kita sama ada baik atau buruk semuanya bergantung kepada diri kita. Kalau kita sentiasa berbuat baik terhadap orang. Kita juga akan dikelilingi oleh orang-orang yang suka berbuat kebaikan. Kalau kita suka berkelakuan buruk dan kasar. Kita akan berjumpa dengan orang lebih kurang perangainya. Maka kalau kita mahu diri dihormati, kita perlu menghormati orang lain terlebih dahulu. Setiap perilaku kita terimbas kembali dengan perilaku orang terhadap kita. Kesimpulannya, jagalah akhlak dan adab kita apabila berdepan dengan orang.

Betul ke tak boleh makan nenas time period

Assalamualaikum, hi, pernah tak dengar orang takut nak makan nenas terutama kalau period aka haid aka datang bulan? Dikatanya kalau makan nenas nanti period akan makin banyak. Bahaya kalau darah keluar banyak. Fy pun pernah juga percaya dan rasa takut nak makan. Ternyata semua tu tak betul. Apa yang betulnya meh baca dibawah ni 👇👇 Nenas ni tak bersalah pun dan banyak manfaat untuk kaum hawa terutama time period. Nenas ni kaya dengan vitamin c dan mangan. Mangan ni la yang diperlukan oleh kita time period. Mangan ni dapat membantu mengurangkan gejala pms. Siapa selalu pms bolehlah makan nenas ni. Kajian juga mengatakan mangan dapat membantu melancarkan darah period sehingga 50% Buah nenas mempunyai mangan paling tinggi. Antioksidan buah nenas juga membantu mengurangkan rasa sakit dan senak dalam perut semasa period Kesimpulannya, nenas ni selamat dimakan dan dapat melancarkan period dan mengurangkan kesakitan ketika period. Siapa nak nenas lepas ni?